Orang tanya tak rindu kah aku pada si dia
kesimpulan aku
18
tahun dulu, ketika aku pulang dari kelas tambahan sekolah menaiki bas,
kemudian berjalan kaki sejauh 2km sehingga sampai dirumah. Suasana
seperti meriah, aku berdebar, turun dengan laju seperti berlari, ku
cabut kasut. Nampak dia di tingkap atas kerusi lama. Aku dengan laju
menerpa sambil menjerit "makkk".
*Setahun lebih di
tinggalkan di rumah saudara, dijadikan orang gaji, diherdik dihina.
Tentu perasaan berbeza sangat kerana seperti berjumpa malaikat
pelindung. Maklumlah, panggilan telefon sangat mahal, sepanjang itu juga
hanya sekali daku mendengar suaranya di hujung talian, itupun ketika
itu dia membebel memarahi bapaku kerana menelefonku bertanya khabar.
Tiba-tiba
pelukanku tersentak, aku tercampak sedikit ke belakang, tiada balasan
pelukan seperti di dalam drama atau filem. Hanya penolakkan. Aku
terdiam, tapi tetap buat-buat gembira. Aku rasa, mungkin aku berbau
busuk ketika itu, mungkin kerana peluh aku seharian dengan bau tengit
hormon seorang budak meningkat gadis. Aku berlalu mencari budak
perempuan yang bergelar adik. Sungguh dia sombong tidak mahu melayanku.
Aku diam dan teruskan rutin membasuh pinggan mangkuk sebelum aku makan.
Sekian.
B
No comments:
Post a Comment