Tuesday, 14 July 2015

Rindu?

Orang tanya tak rindu kah aku pada si dia

kesimpulan aku
18 tahun dulu, ketika aku pulang dari kelas tambahan sekolah menaiki bas, kemudian berjalan kaki sejauh 2km sehingga sampai dirumah. Suasana seperti meriah, aku berdebar, turun dengan laju seperti berlari, ku cabut kasut. Nampak dia di tingkap atas kerusi lama. Aku dengan laju menerpa sambil menjerit "makkk".

*Setahun lebih di tinggalkan di rumah saudara, dijadikan orang gaji, diherdik dihina. Tentu perasaan berbeza sangat kerana seperti berjumpa malaikat pelindung. Maklumlah, panggilan telefon sangat mahal, sepanjang itu juga hanya sekali daku mendengar suaranya di hujung talian, itupun ketika itu dia membebel memarahi bapaku kerana menelefonku bertanya khabar.

Tiba-tiba pelukanku tersentak, aku tercampak sedikit ke belakang, tiada balasan pelukan seperti di dalam drama atau filem. Hanya penolakkan. Aku terdiam, tapi tetap buat-buat gembira. Aku rasa, mungkin aku berbau busuk ketika itu, mungkin kerana peluh aku seharian dengan bau tengit hormon seorang budak meningkat gadis. Aku berlalu mencari budak perempuan yang bergelar adik. Sungguh dia sombong tidak mahu melayanku. Aku diam dan teruskan rutin membasuh pinggan mangkuk sebelum aku makan.


Sekian.
B